kaymary's blog

Sunday, February 28, 2010

Sajak Tingkatan 4

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka

Ulasan sajak
Rahman Shaari membawa amanat kepada golongan remaja supaya mengisi kehidupan zaman remaja dengan amalan yang sihat. Remaja juga perlu mempunyai hala tuju dan matlamat hidup. Jika pepatah menyatakan bahawa berani kerana benar, takut kerana salah, Rahman Shaari melalui sajak ini menegaskan bahawa remaja hendaklah bernai , berpendidikan dan berilmu pengetahuan.


1 comment: