HIKAYAT MAT REMPIT TIDAK MENDENGAR KATA IBU BAPANYA
Sebermula maka adalah sebuah keluarga yang tinggal di hujung desa, Kampung Tendong namanya. Adapun keluarga itu mempunyai seorang anak lelaki tunggal, dinamai oleh kedua orang tuanya Awang Adek. Adapun Awang adek ini sangatlah disayangi oleh kedua ibu bapanya seperti menatang minyak yang penuh. Barang apa yang dihajati oleh Awang Adek ini sudah pasti akan dipenuhi oleh kedua orang tuanya.
Arakian ingin dijadikan ceritera, suatu hari Awang Adek ini dihadiahkan oleh ayahnya sebuah motosikal untuk kemudahannya ke sekolah.Adapun Awang Adek tersangatlah gembiranya ia menerima barang tersebut. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Sejak itu Awang Adek gemar berlumba motosikal bersama rakan-rakannya sehingga terlupalah ia akan nasihat ayah dan ibunya.Betapa pun dilarang oleh ibu bapanya tiada juga didengar oleh Awang Adek ini. Awang Adek langsung tidak menghiraukan waktu senja atau waktu azan berkumandang asyik dengan kegembiraannya berlumba motosikal sahaja. Syahadan sejak itu lekatlah gelaran Mat Rempit padanya.
Selama cuti sekolah,
Sejam pun tiada di rumah,
ibu bapa menjadi resah,
Awang Adek tak ambil kisah.
Maka, perkara ini sering dibualkan orang sekeliling sehingga bapanya menasihatkan Awang Adek. “Janganlah hai anakku engkau bersahabat dengan mat-mat rempit itu kerana boleh membahayakan dirimu.”
Beberapa pun dikatakan oleh ibu bapanya tiada juga diturut oleh Awang Adek. Maka hendak dijadikan cerita sekali peristiwa sewaktu sedang berlumba Awang Adek terlibat dengan kemalangan bersama rakan-rakannya di jalan raya.
Adapun Awang Adek ini;
Tujuh bilah tulang rusuk terpatah,
Tujuh batang gigi terpatah.
Syahadan sejak hari itu.Awang Adek ini terpaksalah menggunakan tongkat datang ke sekolah.Adapun hal ini disebabkan kaki Awang Adek tidaklah dapat diselamatkan oleh doktor kerana sudah remuk. Demikianlah ceritanya orang yang tidak dengar kata ibu bapanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment