kaymary's blog

Friday, February 26, 2010

Prosa Tradisional Tingkatan 4

Merah Silu

Setelah beberapa lama Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong dengan berkat kurnia Allah Taal, Puteri Betong pun hamil. Setelah genap bulannya, Puteri Betong pun melahirkan seorang anak laki-laki dan diberi nama Merah Silu. selang beberapa lama kemudian, Puteri Betong pun hamil lagi. setelah genap bulannya, lahirlah lagi seorang anak lelaki dan diberi nama Merah Hasum.
Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna kekemasan di tengah kepalanya, tetapi ia tidak diketahui oleh suaminy sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.
Kata Merah Gajah kepada isterinya, "Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!"
Jawab tuan puteri itu, "Jika rambut hamba yang sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba."
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.





No comments:

Post a Comment