Bahagian A
(Masa yang dicadangkan:40 minit)
(20 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang masalah-masalah kewujudan IPTS.Panjang ringkasan anda hendakalah tidak melebihi 80 patah perkataan.Anda digalakkkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Mempunyai terlalu banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tanpa jaminan terhadap kualiti kursus dan lulusannya bukanlah keadaan yang kita mahukan.Sejajar inilah kewujudan hampir 700 IPTS di negara ini bagi menampung 230,000 pelajar menimbulkan pelbagai persoalan terutama di segi mutu pengajian,taraf kelulusan dan masa depan graduan dan lepasan yang bakal memenuhi pasaran pekerjaan.Semua ini jelas boleh menjejaskan pula matlamat menjadikan negara pusat pendidikan serantau.
Kini jelas walaupun mendaftar sebagai IPTS, sebernanya sesetengah IPTS terbabit hanya menawar kursus tiga bulan atau pada hujung minggu sahaja, dengan mudah mengeluarkan sijil atau diploma yang nilainya boleh dipertikaikan.Lebih buruk lagi bukan semua pula mendapat akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Nasional (LAN).Tanpa perakuan ini kita tidak dapat mengukur taraf pendidikan dan kelulusan yang dikeluarkanoleh IPTS terbabit.Sepatutnya sejajar matlamt untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan ilmu.Kementerian Pengajian Tinggi mengenakan syarat kelulusan minimum bukan sahaja bagi tenaga pengajar , malah juga pelajar yang igin melanjutkan pengajian mereka ke institusi itu.Kementerian tidak sepatutnya membiarkan pemilik membuat penentuan daripada segi kelulusan minimum dan kriteria lain.
Tanpa dasar jelas di pihak kementerian, kita khuatir sesetengah IPTS terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan pengajian pelajar terhenti separuh jalan.Kini masih terdapat IPTS yang didirikan di bangunan kedai yang usang.Malah tenaga pengajarannya tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Apa yang berlaku sekarang tanggapan masyarakat bahawa lulusan dari institusi demikian itu tidak mempunyai nilai dan tidak diiktiraf oleh sesiapa. Sikap lepas tangan tanpa menjalankan pemerhatian dan pemantauan, menyebabkan pelajar menjadi mangsa pemilik IPTS yang mudah mengeluarkan sijil kelulusan tidak bernilai, sekali gus menggalakkan IPTS yang mementingkan keuntungan dalam masa yang singkat.
Bagi mengatasi masalah ini, LAN perlu menyemak semula syarat kelulusan penubuhan sesebuah IPTS. Kita berharap masalah ini dapat diwujudkan sejajar dengan hasrat untuk menambahkan peluang pelajar melanjutkan ke peringkat lebih tinggi, selain menyediakan remaja berilmu untuk mengisi Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment