kaymary's blog

Thursday, May 6, 2010

Komunikasi Nonverbal

8 jenis Komunikasi bukan lisan (Nonverbal Communication):

1.Mimik Muka(Facial Expression):

~ Mimik muka memainkan peranan yg bersar dalam komunikasi bukan lisan. Bayangkan berape banyak maklumat yang boleh disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman ataupun berkerut dahi...Manakala komunikasi bukan lisan dan gerak-geri badan boleh berubah secara mendadak dari segi budaya....
~Mimik muka untuk menggambarkan kebahagiaan , kesedihan, kemarahan, dan ketakutan adalah serupa segenap pelosok dunia.

2.Isyarat anggota badan(Gesture).

~Gerak-geri dan isyarat badan secara semula jadi atau sengaja adalah penting bagi memberi makna terhadap komunikasi tanpa menggunakan perkataan atau berkata-kata.

~Contoh gerak-geri badan: pengibaran tangan,menunjukkan dengan menggunakan jari-jari, isyarat tangan, isyarat mata, dan angkat bahu .

3. Paralinguistik(Paralinguistics)

~Paralinguistik merujuk kepada komunikasi nada suara yang terpisah daripada bahasa sebenar. Ini termasuk faktor seperti tone nada suara, kelantangan, infleksi, dan nada seperti
tinggi atau rendah . Pengimbangan kesan nada yang sangat kuat itu boleh memainkan peranan bagi makna satu ayat. Bila berkata dalam satu nada suara yang kukuh , para pendengar mungkin akan menafsirkan kelulusan dan keghairahan seseorang itu ketika berkata-kata. Kata-kata yang berupa satu nada teragak-agak ,tersekat-sekat atau rendah mungkin ianya menyampaikan yang seseorang itu tidak setuju dan kurang berminat.

4. Bahasa Gerak-geri Dan Postur(Body Language and Posture)

~Postur dan pergerakan boleh juga menyampaikan satu tawaran hebat kepada sesuatu maklumat. Penyelidikan untuk bahasa gerak-geri telah berkembang dengan meluas sekali sejak 1970’s, tetapi media yang popular telah menumpukan lebih kepada tafsiran keadaan defensif, bersilang lengan, dan silangan kaki . Manakala perlakuan bukan lisan ini boleh menunjukkan perasaan dan sikap seseorang individu tersebut, penyelidikan mencadangkan bahasa gerak-geri itu adalah lebih halus dan dipercayai kurang tetap .
~Contohnya: cara duduk, berdiri, lentok badan.

5. Proksemik(Proxemics)

~Setiap orang berhak memilih dan memerlukan ruang untuk bersendirian, dimana ianya juga adalah suatu contoh penting bagi komunikasi bukan lisan. Jumlah jarak yang diperlukan oleh seseorang dan ruang yang diperlukan oleh seseorang itu adalah bergantung kepada sebilangan faktor termasuklah norma-norma sosial, faktor-faktor situasi, ciri personaliti, dan tahap kebiasaan.
~Contohnya:

  • jumlah ruang yang diperlukan oleh seseorang individu semasa berbual biasa dengan seseorang individu yang lain adalah antara 18 inchi ke empat kaki.
  • Sebaliknya, jarak peribadi diperlukan ketika berucap bagi berkumpulan adalah sekitar 10 hingga 12 kaki.

6. Pandangan Mata(Eye Gaze)

~Melihat, merenung, dan terkebil-kebil boleh juga merupakan kelakuan bukan lisan yang penting . Apabila seseorng bertemu seseorang individu yang lain atau perkara yang mereka sukai, kadar kerlipan mata meningkat dan muanak mata akan membesar. Renungan pada orang lain boleh menunjukkan pelbagai emosi, termasuk permusuhan atau benci, berminat dan tarikan.

  • Selain itu jika anak mata seseorang melihat keatas sebelah kanan(kiri mereka) ianya bermaksud seseorang itu sedang cuba mengingati sesuatu perkara(Recall memory).
  • Manakala,jika anak mata seseorang melihat keatas sebelah kiri(kanan mereka) pula ianya bermaksud seseorang itu sedang cuba mengigat dan membayangkan dalam bentuk visual/maya.

8. Rupa luaran(Appearance)

~Pemilihan warna, pakaian, fesyen rambut, dan faktor-faktor lain mempengaruhi rupa adalah juga dipertimbangkan satu cara komunikasi tanpa lisan. Penyelidikan terhadap psikologi warna telah menunjukkan yang perbeza warna boleh menggambarkan perasaan yang berbeza. Rupa dan keterampilan seseorang juga boleh merubah reaksi fisiologikal, pandangan orang, dan tafsiran orang ramai.

Tuesday, March 2, 2010

PROSA KLASIK

Merupakan cerita rakyat yang dahulunya diceritakan secara lisan dan berkembang dalam satu kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil. Sastera rakyat ini mengandungi ciri-ciri budaya tradisional yang merupakan hak bersama. Ceriteranya terdiri daripada;

Cerita Berbingkai

Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk.Dalam cerita induk itu,terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan.Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa.Namun demikian,dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional,terutamanya pantun dan syair.
Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri, dan anak gahara di samping watak binatang.
Dalam teks ini, contoh cerita berbingkai yang diketeganhkan ialah sabor yang dipetik daripada Hikayat Bayan Budiman.


Mitos

Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya.
Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa dewi, jin, atau mambang.
Mitos mengandungi cerita-cerita tentang dewa dewi dan cerita tentang asal usul sesuatu tempat, benda, atau institusi.
Latar masa dan tempat dalam mitos tidak jelas.



Lagenda

Lagenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa.Tokoh lagenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa.Tokoh lagenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa.
Cerita lagenda pada umumnya ada kaitan dengn sejarah sesuatu tempat.
Cerita lagenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongnan bangsaan secara halus.
Dalam teks ini,cerita lagenda yang ditonjolkan ialah Asal Usul Raja Kecik.



Epik

Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah.
Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
Latar bagi cerita epik meliputi negara-negara besar di dunia ini.
Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa,berani dan gagah perkasa.
kepahlawanan Tun Beraim Bapa merupakan salah satu contoh cerita epik.


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Monday, March 1, 2010

RUKUN NEGARA

BAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA HENDAK:
Ø Mencapai perpaduan yang lebih kalangan seluruh masyarakatnya
Ø Memelihara satu cara hidup demokratik
Ø Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
Ø Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
Ø Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden


Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Sunday, February 28, 2010

Sajak Tingkatan 4

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka

Ulasan sajak
Rahman Shaari membawa amanat kepada golongan remaja supaya mengisi kehidupan zaman remaja dengan amalan yang sihat. Remaja juga perlu mempunyai hala tuju dan matlamat hidup. Jika pepatah menyatakan bahawa berani kerana benar, takut kerana salah, Rahman Shaari melalui sajak ini menegaskan bahawa remaja hendaklah bernai , berpendidikan dan berilmu pengetahuan.


SOALAN PEMAHAMAN PMR

Bahagian A (ii): PemahamanTebal
(10 markah)


Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud frasa nilainya boleh dipertikaikan.
(2 markah)
2. Nyatakan faedah kewujudan IPTS.
(4 markah)
3. Pada pandangan anda, mengapakah pelajar berebut-rebut melanjutkan pelajaran ke IPTS?
(4 markah)

s.k rujuk solan Ringkasan PMR

Saturday, February 27, 2010

Puisi Tradisional Tingkatan 4

Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
ILADAM

Maksud Seloka
Sikap atau nilai hidup seseorang yang berbuat baik atau menabur budi kepada orang yang tidak sepatutnya. Emak Si Randang rela memberi makanan atau membantu orang dagang atau orang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang akan berhabis-habisan sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tiada berkayu demi melayani orang luar. Dalam hal ini, Emak si Randang sanggup mengabaikan tanggungjawab melayani dan memberi makanan untuk anaknya yang masih kecil. setelah orang dagang ini pergi, Emak Si Randang menanggung hutang kerana beras habis dan padi yang ditaman tidak menjadi.

Pengajaran
1. kita hendaklah berbuat baik secara berpada-pada jika tidak kita akan menanggung akibat buruk.
2Kita harus mengutamakan ahli keluarga sendiri terutama anak-anak kecil yang masih memerlukan belaian dan kasih sayang kita.
3. Janganlah bersikap terlalu pemurah kepada orang lain sedangkan anak sendiri dibiarkan tidak makan. Samalah seperti masyarakat kita yang terlalu memberi muka kepada orang asing, sedangkan kebajikan rakyat sendiri terabai.
4. Apabila melakukan setiap tindakan , kita hendaklah berfikir secara waras agar tidak terjerumus ke lembah masalah dan hutang.

SOALAN RINGKASAN PMR

Bahagian A

(Masa yang dicadangkan:40 minit)

(20 markah)


Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang masalah-masalah kewujudan IPTS.Panjang ringkasan anda hendakalah tidak melebihi 80 patah perkataan.Anda digalakkkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Mempunyai terlalu banyak Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tanpa jaminan terhadap kualiti kursus dan lulusannya bukanlah keadaan yang kita mahukan.Sejajar inilah kewujudan hampir 700 IPTS di negara ini bagi menampung 230,000 pelajar menimbulkan pelbagai persoalan terutama di segi mutu pengajian,taraf kelulusan dan masa depan graduan dan lepasan yang bakal memenuhi pasaran pekerjaan.Semua ini jelas boleh menjejaskan pula matlamat menjadikan negara pusat pendidikan serantau.

Kini jelas walaupun mendaftar sebagai IPTS, sebernanya sesetengah IPTS terbabit hanya menawar kursus tiga bulan atau pada hujung minggu sahaja, dengan mudah mengeluarkan sijil atau diploma yang nilainya boleh dipertikaikan.Lebih buruk lagi bukan semua pula mendapat akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Nasional (LAN).Tanpa perakuan ini kita tidak dapat mengukur taraf pendidikan dan kelulusan yang dikeluarkanoleh IPTS terbabit.Sepatutnya sejajar matlamt untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan ilmu.Kementerian Pengajian Tinggi mengenakan syarat kelulusan minimum bukan sahaja bagi tenaga pengajar , malah juga pelajar yang igin melanjutkan pengajian mereka ke institusi itu.Kementerian tidak sepatutnya membiarkan pemilik membuat penentuan daripada segi kelulusan minimum dan kriteria lain.
Tanpa dasar jelas di pihak kementerian, kita khuatir sesetengah IPTS terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan pengajian pelajar terhenti separuh jalan.Kini masih terdapat IPTS yang didirikan di bangunan kedai yang usang.Malah tenaga pengajarannya tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya. Apa yang berlaku sekarang tanggapan masyarakat bahawa lulusan dari institusi demikian itu tidak mempunyai nilai dan tidak diiktiraf oleh sesiapa. Sikap lepas tangan tanpa menjalankan pemerhatian dan pemantauan, menyebabkan pelajar menjadi mangsa pemilik IPTS yang mudah mengeluarkan sijil kelulusan tidak bernilai, sekali gus menggalakkan IPTS yang mementingkan keuntungan dalam masa yang singkat.

Bagi mengatasi masalah ini, LAN perlu menyemak semula syarat kelulusan penubuhan sesebuah IPTS. Kita berharap masalah ini dapat diwujudkan sejajar dengan hasrat untuk menambahkan peluang pelajar melanjutkan ke peringkat lebih tinggi, selain menyediakan remaja berilmu untuk mengisi Wawasan 2020.



Friday, February 26, 2010

Prosa Tradisional Tingkatan 4

Merah Silu

Setelah beberapa lama Merah Gajah berkahwin dengan Puteri Betong dengan berkat kurnia Allah Taal, Puteri Betong pun hamil. Setelah genap bulannya, Puteri Betong pun melahirkan seorang anak laki-laki dan diberi nama Merah Silu. selang beberapa lama kemudian, Puteri Betong pun hamil lagi. setelah genap bulannya, lahirlah lagi seorang anak lelaki dan diberi nama Merah Hasum.
Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna kekemasan di tengah kepalanya, tetapi ia tidak diketahui oleh suaminy sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.
Kata Merah Gajah kepada isterinya, "Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!"
Jawab tuan puteri itu, "Jika rambut hamba yang sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba."
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.





CONTOH KARANGAN BAHASA KLASIK

HIKAYAT MAT REMPIT TIDAK MENDENGAR KATA IBU BAPANYA

Sebermula maka adalah sebuah keluarga yang tinggal di hujung desa, Kampung Tendong namanya. Adapun keluarga itu mempunyai seorang anak lelaki tunggal, dinamai oleh kedua orang tuanya Awang Adek. Adapun Awang adek ini sangatlah disayangi oleh kedua ibu bapanya seperti menatang minyak yang penuh. Barang apa yang dihajati oleh Awang Adek ini sudah pasti akan dipenuhi oleh kedua orang tuanya.
Arakian ingin dijadikan ceritera, suatu hari Awang Adek ini dihadiahkan oleh ayahnya sebuah motosikal untuk kemudahannya ke sekolah.Adapun Awang Adek tersangatlah gembiranya ia menerima barang tersebut. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
Sejak itu Awang Adek gemar berlumba motosikal bersama rakan-rakannya sehingga terlupalah ia akan nasihat ayah dan ibunya.Betapa pun dilarang oleh ibu bapanya tiada juga didengar oleh Awang Adek ini. Awang Adek langsung tidak menghiraukan waktu senja atau waktu azan berkumandang asyik dengan kegembiraannya berlumba motosikal sahaja. Syahadan sejak itu lekatlah gelaran Mat Rempit padanya
.

Selama cuti sekolah,
Sejam pun tiada di rumah,
ibu bapa menjadi resah,
Awang Adek tak ambil kisah.

Maka, perkara ini sering dibualkan orang sekeliling sehingga bapanya menasihatkan Awang Adek. “Janganlah hai anakku engkau bersahabat dengan mat-mat rempit itu kerana boleh membahayakan dirimu.”
Beberapa pun dikatakan oleh ibu bapanya tiada juga diturut oleh Awang Adek. Maka hendak dijadikan cerita sekali peristiwa sewaktu sedang berlumba Awang Adek terlibat dengan kemalangan bersama rakan-rakannya di jalan raya.

Adapun Awang Adek ini;
Tujuh bilah tulang rusuk terpatah,
Tujuh batang gigi terpatah.

Syahadan sejak hari itu.Awang Adek ini terpaksalah menggunakan tongkat datang ke sekolah.Adapun hal ini disebabkan kaki Awang Adek tidaklah dapat diselamatkan oleh doktor kerana sudah remuk. Demikianlah ceritanya orang yang tidak dengar kata ibu bapanya.

BAHASA MELAYU SPM: RUMUSAN

BAHASA MELAYU SPM: RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis satu rumusan tentang kepentingan biasiswa kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Biasiswa amat penting untuk membantu para pelajar membiayai pengajian. Pelajar-pelajar yang memerlukan biasiswa kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin atau mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Mereka memerlukan biasiswa bukan sahaja untuk menjelaskan yuran tetapi juga untuk membeli buku dan pelbagai peralatan lain yang berkaitan. Ada juga yang memerlukan biasiswa untuk mengurangkan beban hidup keluarga yang sentiasa dalam kesempitan. Keadaan ini menunjukkan bahawa biasiswa memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelangsungan pelajaran seseorang pelajar yang kurang berkemampuan. Jika tidak diberikan kemudahan, mereka tidak dapat merubah kitaran hidup keluarga yang kesempitan dan rendah tahap pendidikannya.

Kebanyakan keluarga yang miskin berharap agar anak mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan merubah nasib dan keadaan hidup masa depan mereka. Oleh itu, mereka wajar diberikan peluang belajar sama seperti pelajar lain yang berkemampuan membiayai sendiri pengajian kerana pelajar daripada keluarga kurang mampu ini juga berpotensi untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Biasiswa yang diberikan dijadikan skim penggalak untuk berjaya. Pelajar yang menerima biasiswa seharusnya menyedari bahawa pengajian mereka dibiayai, oleh itu mereka perlu berusaha gigih untuk memastikan kejayaan dikecapi. Seterusnya jika diteliti lagi, biasiswa ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat cinta akan negara. Pelajar-pelajar yang menerima biasiswa akan berasa dihargai dan akan lebih sanggup untuk berbakti kepada negara.
Pelajar merupakan jentera penggerak negara pada masa depan. Tentulah biasiswa yang diberikan dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk berusaha demi kebaikan negara kelak. Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan bahawa biasiswa merupakan beban kepada kerajaan. Hakikatnya, kita harus sedar bahawa biasiswa yang diberikan itu merupakan satu pelaburan jangka panjang kerajaan.

Sesungguhnya, langkah kerajaan memberikan biasiswa kepada para pelajar yang cemerlang dan kurang mampu adalah sangat wajar. Hal ini demikian kerana semua lapisan masyarakat, baik yang kaya mahupun yang miskin perlu diberikan peluang untuk mencari ilmu supaya tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang kian mencabar.

Merangka Jawapan
Pendahuluan
Petikan membincangkan tentang kepentingan biasiswa kepada pelajar dan masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran

Isi tersurat
1. membantu para pelajar membiayai pengajian
2. mengurangkan beban hidup keluarga yang kesempitan.
3. peluang belajar sama seperti pelajar lain
4. sebagai sistem penggalak untuk remaja
5. meningkatkan semangat cinta akan negara
6. merupakan pelaburan jangka panjang

Isi tersirat
1. meringankan masalah kewangan yang dihadapi pelajar miskin
2. mengurangkan tanggungjawab keluarga untuk membiayai pelajaran anak-anak
Penutup
Kerajaan perlu menambahkan peruntukan biasiswa kepada pelajar @ menambahkan peluang pelajar melanjutkan pelajaran @ menggalakkan sektor swasta membiayai pelajaran pelajar demi meningkatkan prestasi pendidikan di negara ini

Rumusan Pelajar
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sunday, February 21, 2010

maklumat peribadi

Assalamualaikum, salam perkenalan di alam maya.. Pendidik merupakan kerjaya saya yang telah saya ceburi selama hampir 15 tahun. Sedar tak sedar, jiwa saya sudah sebati dengan kerenah pelajar-pelajar saya yang pelbagai. Mempunyai 5 orang anak membuatkan diri saya sentiasa sibuk melayan kerenah mereka. Yang sulung belajar dalam tingkatan 2 di SMK Tendong. tempat saya bertugas, kembar saya; 2 orang sedang bertungkus lumus belajar kerana akan menduduki UPSR pada tahun ini. Anak ke-4, tahun 2, anak ke-5, tahun 1 ; satu-satunya lelaki yang saya miliki...
BIODATA PERIBADI:
NAMA: MARYAKHAIRANI BT MUHAMMAD YUSOFF
KERJAYA: SEORANG GURU
PENGALAMAN MENGAJAR: HAMPIR 15 TAHUN
SEKOLAH TERDAHULU: SMK TAMAN S.E.A PETALING JAYA - 1996-2000
SMK USJ 4 SUBANG JAYA - 2001-2005
SMK KUBANG TELAGA BACHOK - 2006-2008
SMK TENDONG, PASIR MAS - 2009-SEKARANG
PERNAH BELAJAR DI: SRK TUMPAT
SRK DATO' ABDUL HAMID
SM PEREMPUAN
SM SULTAN IBRAHIM (1)
PERINGKAT IJAZAH : UUM, SINTOK - IJAZAH SARJANA MUDA(KEPUJIAN) EKONOMI (1990-1994)
DIPLOMA PENDIDIKAN :UM, LEMBAH PANTAI (1995)
SEKARANG : MENGIKUTI PENGAJIAN BAHASA MELAYU KONTEMPORARI PERINGKAT SARJANA, UUM, KOHORT 2, SEMESTER 2 SESI 2009/2010