kaymary's blog

Wednesday, April 3, 2013

         Anak-anak sibuk di sekolah, berlatih kawad kaki, berlatih silat dan berlatih memasak kerana esok bermulanya Perkhemahan Agung Pasukan Beruniform SMK Tendong.  Petang tadi guru-guru telah diberi taklimat tentang hal tersebut, diberi pembahagian tugas.  Terdapat cadangan-cadangan untuk menambahbaikkan aktiviti tersebut.
        Pelajar akan berkhemah di padang sekolah bermula pada hari esok, Khamis 4 April hingga Sabtu 6 April 2013. Pendaftaran akan dibuka pada pukul 3.00 petang esok. Para pelajar dikehendaki menyerahkan surat kebenaran ibu bapa semasa berdaftar.
        Jadi SMK Tendong pada minggu ini sangat meriah suasananya, terutamanya hari ini yang merupakan kemuncak kepada persediaan dan latihan yang terpaksa di lakukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sama ada yang terlibat secara langsung maupun tidak. Situasi inilah yang dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan anak-anak bangsa kita untuk menjadi penyambung warisan.

No comments:

Post a Comment