kaymary's blog

Friday, April 12, 2013

SEKITAR LATIHAN TEATER


http://mail-attachment.googleusercontent.com/attachment/?view=att&th=13e0209de523c8e0&attid=0.2&disp=inline&realattid=1432180508389740734-2&safe=on&zw&saduie=AG9B_P-c8eiVFAaK_xC6Q8eQRMYA&sadet=1365834685591&sads=BzpBRpI1veBwBnDUGYYkpKaOL_Q&sadssc=1
Sabtu 13 April 2013...
            Selesai kelas tambahan untuk pelajar-pelajar SPM, kelas teater bermula.  Jurulatih bertauliah dari JKKN, En Wahidi tekun melatih para pelajar yang berminat mendalami ilmu lakonan. Walaupun tempat yang dapat diberikan tidaklah seberapa, namun tuan jurulatih tidak jemu-jemu mendidik dan mengasah bakat pelajar. Pelbagai teknik dan cara ditunjukkan dan dikongsi  bersama walaupun cuaca pada hari ini agak mendung.  Dewan besar sekolah digunakan untuk peperiksaan awam kakitangan kerajaan, jadi kemudahan tersebut tidak dapat digunakan untuk kelas teater pada hari ini.


Wednesday, April 3, 2013

         Anak-anak sibuk di sekolah, berlatih kawad kaki, berlatih silat dan berlatih memasak kerana esok bermulanya Perkhemahan Agung Pasukan Beruniform SMK Tendong.  Petang tadi guru-guru telah diberi taklimat tentang hal tersebut, diberi pembahagian tugas.  Terdapat cadangan-cadangan untuk menambahbaikkan aktiviti tersebut.
        Pelajar akan berkhemah di padang sekolah bermula pada hari esok, Khamis 4 April hingga Sabtu 6 April 2013. Pendaftaran akan dibuka pada pukul 3.00 petang esok. Para pelajar dikehendaki menyerahkan surat kebenaran ibu bapa semasa berdaftar.
        Jadi SMK Tendong pada minggu ini sangat meriah suasananya, terutamanya hari ini yang merupakan kemuncak kepada persediaan dan latihan yang terpaksa di lakukan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar sama ada yang terlibat secara langsung maupun tidak. Situasi inilah yang dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan anak-anak bangsa kita untuk menjadi penyambung warisan.

Monday, April 1, 2013

Assalamualaikum....
          Hari-hari begitu pantas berlalu, sedar tak sedar sudah di April 2013. Ahh hidup umpama roda yang tidak pernah jemu untuk berputar, namun bezanya antara tayar dan manusia ialah manusia menyedut udara yang semakin lama semakin menyesakkan tatkala masa memburu usia yang semakin ke penghujungnya. 
          Sementalahan hidup harus diteruskan walaupun kadang-kadang terasa lesu dan tidak bermaya akibat minda dan fizikal yang harus dijana setiap saat dan waktu. Walau apapun, nikmat dan kurniaan-Nya harus kita nikmati dengan penuh keinsafan, kusyuk dan tawaduk.
          Alhamdulillah, hidup yang aman dan damai ini memberi ruang untuk diri ini menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh kesabaran dan keinsafan.